http://www.rasaint.net/ - Glitter Graphics

Translate

Selasa, 9 Januari 2018

PERMAINAN RODA MINDA

PENGENALAN
Roda Minda ini memfokuskan kepada aspek perkembangan bahasa yang mana pada roda tersebut terdapat suku kata yang harus dipadankan oleh pelajar. Kemudian, pelajar akan diarahkan untuk memusingkan roda bagi memadankan suku kata yang terdapat pada roda agar membentuk satu perkataan. Contoh suku kata yang terdapat roda ialah ku…da. Apabila suku kata tersebut dipadankan, maka ia akan membentuk perkataan kuda. Hal ini memerlukan kemahiran pelajar dalam membaca dan mengeja suku kata.
Selain itu, kebaikan alat permainan Roda Minda ini juga adalah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Hal ini kerana, kanak-kanak perlu memadankan suku kata yang terdapat pada roda, guru kemudiannya akan mengarahkan kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut dan bertanyakan soalan berkaitan dengan haiwan tersebut contohnya kuda ada berapa kaki, bagaimana kuda berbunyi, kuda makan apa dan sebagainya. Hal ini jelas melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif kerana berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru, pelajar tersebut harus berfikir dengan cepat dan dalam pada masa yang sama berfikiran kritis.

LANGKAH LANGKAH RODA MINDA DIBUAT

1. Sediakan kertas mounting board sebanyak tiga keping.


2. Sediakan peralatan seperti pen, gunting, gam, skru,  aksesori, perkataan dan gambar yang telah di cetak .


3. Buat lakaran bentuk bulatan pada setiap keping kertas mounting board mengikut saiz besar, sederhana dan kecil

4. Gunting mounting board mengikut bulatan yang telah di lakarkan.


5. Sekarang anda dapat lihat satu bentuk bulatan yang telah siap digunting.


6. Gunting ketiga-tiga bentuk bulatan yang telah dilakarkan.


7. Dapatkan titik pusat pada kertas untuk tujuan menebuk lubang bagi memasang skru pada bulatan mounting board yang telah digunting.

8 Taip perkataan yang akan dimuatkan dalam Roda Minda. Perkataan tersebut hendaklah di asingkan sukukata pertama dengan sukukata kedua. Bahagikan bentuk bulatan tersebut kepada 16 bahagian sesuai dengan saiz bulatan. Sekiranya bulatan lebih besar maka lebih banyak perkataan dapat dimasukkan. Bulatan yang lebih kecil adalah untuk sukukata pertama manakala bulatan yang sederhana adalah untuk sukukata kedua.

Sukukata pertama





















Sukukata kedua




















9. Dapatkan gambar-gambar yang sesuai dengan perkataan melalui internet. Tema Roda Minda ini ialah tentang haiwan. Oleh itu kami akan cari gambar haiwan sahaja iaitu sebanyak 16 jenis haiwan mengikut namanya.




















10. Setelah semuanya lengkap maka bolehlah perkataan dan gambar tersebut dicetak dan digunting mengikut bentuk bulatan.





















11. Setelah siap digunting ketiga-tiga bentuk bulatan tersebut maka bolehlah ianya digam terus ke mounting board. Setelah itu gunting kertas lebihan mounting board tadi untuk dijadikan sebagai penunjuk.




















12. Masukkan skru yang telah disediakan tadi bermula dengan penunjuk dahulu seterusnya bulatan yang kecil, kemudian bulatan yang sederhana dan akhir sekali bulatan yang paling besar. Kunci skru dengan nutnya bagi mengukuhkan Roda Minda tersebut.























13.  Akhir sekali bolehlah menghias Roda Minda dengan aksesori yang menarik. Sekarang boleh digunakan Roda Minda ini samada di tadika atau di rumah.




















Roda Minda yang telah siap untuk digunakan.


CARA-CARA RODA MINDA DIMAINKAN





Kebaikan Roda Minda

1. Roda Minda dapat membantu guru dan ibubapa mengajar samada ditadika atau
dirumah.

2. Kos membuatnya jauh lebih murah kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak mahal
dan tahan lama serta tidak mudah rosak.

3. Roda Minda lebih memberi focus kepada perkembangan linguistic kerana melalui
sukukata yang harus dipadankan oleh kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran
dalam mengeja dan membaca sukukata berdasarkan gambar yang dipaparkan.

4. Roda Minda akan melahirkan kanak-kanak yang berfikiran kritis dan kreatif melalui
padanan sukukata dan menyebut nama haiwan boleh diwujudkan pelbagai soalan
tentang haiwan tersebut.


Tiada ulasan: