PENGENALAN
Permainan lontaran sayang direka cipta adalah berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan oleh saya di sebuah sekolah yang terletak di tengah - tengah bandar. Permainan ini dijual adalah disebabkan permainan ini mempunyai daya fokus yang bagus untuk permulaan kanak-kanak dalam pembelajaran. Selain itu, permainan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak -kanak. Kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan-rakan sekeliling dan seterusnya belajar untuk bekerjasama melalui permainan. Permainan ini menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri.
Selain itu, saya memilih untuk mereka permainan ini ialah permainan ini dapat diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan lontaran sayang ini telah dicipta berdasarkan warna. Guru dapat memperkenalkan permainan ini dengan menggabungjalinkan subjek awal sains berdasarkan warna dan aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan badan. Permainan ini dianggap sebagai bahan bantu mengajar guru dalam memperkenalkan kanak - kanak mengenai warna- warna asas. Diharapkan, melalui penciptaan ini, kanak-kanak dapat belajar sambil bermain dan dapat mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan.
Selain itu, permainan ini dapat menggerakkan motor kasar dan motor halus secara tidak langsung semasa bermain. Untuk bermain permainan lontaran sayang ini, guru boleh menggunakan kreativiti untuk menghasilkan permainan yang menarik. Sebagai contoh, guru menghendaki kanak-kanak untuk melompat di atas gelung rotan yang disusun antara satu sama lain. Kemudian, kanak-kanak akan mengambil objek lontaran itu dan perlu melontar dengan baik agar objek tersebut masuk ke dalam lobang mengikut warna yang sama. Permainan ini menunjukkan bahawa penglibatan aktiviti motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata dan tangan amat penting dalam permainan ini. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Umum mengetahui, kanak-kanak pada masa kini sangat mengemari bermain bersama Ipad. Kesan daripada permainan Ipad tanpa had, kanak-kanak terdedah dengan kesukaran dalam pembelajaran terutamanya perkembangan motor halus mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai kesukaran dalam memegang pensil. Dengan adanya, permainan seperti ini, perkembangan motor halus kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Akhir sekali, sebab saya memilih permainan ini untuk dijual kerana permainan ini jarang didapati di pasaran. Permainan ini dicipta dengan menggunakan kotak terpakai dan dihiasi oleh kertas mahjung sehingga kelihatan cantik dan menarik minat murid untuk bermain. Oleh yang demikian, permainan ini banyak memberikan kebaikan kepada murid-murid dan guru dalam mengendalikan sesuatu pembelajaran. Diharapkan, reka cipta saya ini diterima oleh semua guru- guru tadika di seluruh Malaysia.
LANGKAH - LANGKAH LONTARAN SAYANG DIBINA
Untuk menyediakan permainan ini, langkah - langkah reka cipta perlu disusun dari awal hingga terakhir tugasan. Dengan itu, idea ini dapat diolah atau diperbaiki pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi keseronokkan kanak-kanak dalam belajar.
1.
Bahan - bahan yang akan digunakan dalam mereka cipta lontaran sayang ini ialah kotak, kain felt merah, hijau, biru, hitam, kuning dan oren, warna air, gam, gunting, kacang, pelekat, kertas mahjung,jarum, benang, pisau kecil, bekas dan kertas lukisan.
2.
Kotak akan ditekap menggunakan bekas biru untuk menghasilkan bulatan yang cantik. Kemudian, bulatan itu dipotong dengan menggunakan pisau kecil untuk menghasilkan bulatan.
3.
Selepas kotak telah dilobangkan, saya menggunakan kertas mahjung untuk membalut kotak tersebut dan melekatkan kertas mahjung dengan menggunakan pita pelekat.
4.
Kotak yang telah dibalut dengan menggunakan kertas mahjung akan dilobangkan mengikut lobang yang telah dibuat di atas kotak. Langkah ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana takut kertas mahjung tersebut akan koyak.
5.
Bekas akan ditekapkan di atas kertas lukisan untuk menghasilkan bulatan yang cantik. Kemudian, bulatan tersebut akan diwarnakan dengan menggunakan warna air yang berlainan warna.
6.
Setelah lukisan itu kering, saya menggunting bulatan itu mengikut garisan bulatan dengan berhati - hati.
7.
Kemudian, bulatan yang telah diwarnakan dengan warna air akan dilekatkan di atas kotak yang telah dilobangkan.
8.
Setelah enam bulatan siap ditampal, permainan ini akan kelihatan seperti di atas.
9.
Langkah yang berikutnya ialah saya akan memotong kain felt mengikut saiz yang kecil untuk membuat satu objek yang khusus untuk dibaling ke dalam lobang kotak tersebut.
10.
Kain felt itu kemudian diisi dengan kacang untuk kelihatan tebal dan besar.
11.
Kain felt akan dijahit dengan kemas agar kacang yang telah dimasukkan tidak akan terkeluar.
12.
Kain felt yang telah dijahit akhirnya akan kelihatan seperti gambar di atas. Kanak-kanak akan membaling objek ini ke dalam lobang mengikut warna yang sama.
13.
Permainan yang telah siap dihias boleh digunakan bila - bila masa sahaja dan akan dipaparkan ke dalam blog untuk dijual.
VIDEO PERMAINAN LONTARAN SAYANG






























